Sunday, 27 September 2015

Dilarang post gambar masakan

Assalamualaikum wbt reader. 

Seperti tajuk kat atas tu, sebelum ni sebenarnya saya post resepi masakan saya bersama gambar. Tapi kali ni semua gambar telah saya delete dan hanya resepi tanpa gambar sahaja yang dipaparkan. Harap maaf, ini kerana disebabkan saya jahil dan kurang ilmu agama, yang sebenarnya kita tidak boleh memaparkan, menunjuk, post di laman social gambar2 makanan sebab kita akan menyebabkan orang ramai yang melihat akan merasa :- mungkin orang tu mengandung dan teringin dengan makanan yang kita post tu, tapi tiada di kawasan orang tu atau tidak berkemampuan untuk mendapatkannnya. Kasihan kan? Xbaik taw.. 

Perlu diingatkan, mengapa kita perlu berkongsi dengan semua orang apa yang kita lakukan?  Hinggakan apa yang kita ingin makan pun dikongsikan dengan orang lain?  Bukan gambar yang sepatutnya dikongsikan. 

Jika ingin berkongsi, gunakan harta untuk disedekahkan kepada orang lain.  Buat atau beli makanan, kemudian diagih-agihkan kepada orang yang berpuasa.  Sesiapa menyediakan hidangan berbuka kepada orang berpuasa, pahalanya adalah sama seperti diperoleh orang yang berpuasa itu.  Sepatutnya kita berusaha menyediakan makanan kepada orang berpuasa, bukannya menyediakan gambar yang pastinya tidak boleh dimakan.

Kalau hanya dikongsikan gambar, rasanya tidak ada apa yang diperoleh.  Simpan sajalah gambar makanan enak atau mewah yang anda makan.  Ia bukan memberi kebaikan, bahkan mungkin juga menimbulkan perasaan sakit hati dan dengki orang yang melihatnya.  

Lebih-lebih lagi kebanyakan caption atau tulisan bersama-sama gambar itu menjemput  orang lain makan bersama.  Pelawaan itu tidak ubah seperti perli dan mempermain-mainkan orang lain.  

Sesungguhnya, dibimbangi perbuatan berkongsi gambar makan akan menyebabkan terjerumus dalam riak dalam perkara dunia. Perbuatan itu bukan saja tidak elok dilakukan pada bulan Ramadan, bahkan pada masa-masa lain.  

Al-Abdari mengatakan, "Antara jenis riak ialah seseorang menunjuk-nunjuk kepada kepada ahli dunia tentang dunianya, seperti pakaiannya, kenderaannya, tempat tinggalnya, tempat duduknya, makanannya, minumannya...". (Al-Adab al-Syar'iyyah)

Begitu juga dibimbangi akan terjebak ke dalam sifat bermegah-megah dengan makanan. Sedangkan syarak melarang daripada bermegahan dengan makanan.

Diriwayatkan dalam satu hadis, "Bahawa Rasulullah SAW melarang makanan dua orang yang bermegah-megah (mutabaariyain) untuk dimakan". (Hadis riwayat Abu Daud).

Demikian itu, selepas ini tiada lagi perkongsian resepi bersama gambar makanan. Disini saya hanya kongsikan makanan yang saya masak hanya sebagai hobi dan niat ingin berkongsi bersama, agar wanita diluar sana yang tidak pandai memasak boleh pelajari dari sini dan juga blogger lain. Atau mungkin lelaki yang tinggal berseorangan dan ingin masak sendiri dirumah atau dimana sahaja mereka berada. Atleast resepi ni beri manfaat juga. Tiada gambar pun tak pe lah. Janji sama rasa. Cukup lah kita sahaja yang melihatnya dari buat dosa secara tidak perasan.

No comments:

Post a Comment