Sunday 27 September 2015

Dilarang post gambar masakan

Assalamualaikum wbt reader. 

Seperti tajuk kat atas tu, sebelum ni sebenarnya saya post resepi masakan saya bersama gambar. Tapi kali ni semua gambar telah saya delete dan hanya resepi tanpa gambar sahaja yang dipaparkan. Harap maaf, ini kerana disebabkan saya jahil dan kurang ilmu agama, yang sebenarnya kita tidak boleh memaparkan, menunjuk, post di laman social gambar2 makanan sebab kita akan menyebabkan orang ramai yang melihat akan merasa :- mungkin orang tu mengandung dan teringin dengan makanan yang kita post tu, tapi tiada di kawasan orang tu atau tidak berkemampuan untuk mendapatkannnya. Kasihan kan? Xbaik taw.. 

Perlu diingatkan, mengapa kita perlu berkongsi dengan semua orang apa yang kita lakukan?  Hinggakan apa yang kita ingin makan pun dikongsikan dengan orang lain?  Bukan gambar yang sepatutnya dikongsikan. 

Jika ingin berkongsi, gunakan harta untuk disedekahkan kepada orang lain.  Buat atau beli makanan, kemudian diagih-agihkan kepada orang yang berpuasa.  Sesiapa menyediakan hidangan berbuka kepada orang berpuasa, pahalanya adalah sama seperti diperoleh orang yang berpuasa itu.  Sepatutnya kita berusaha menyediakan makanan kepada orang berpuasa, bukannya menyediakan gambar yang pastinya tidak boleh dimakan.

Kalau hanya dikongsikan gambar, rasanya tidak ada apa yang diperoleh.  Simpan sajalah gambar makanan enak atau mewah yang anda makan.  Ia bukan memberi kebaikan, bahkan mungkin juga menimbulkan perasaan sakit hati dan dengki orang yang melihatnya.  

Lebih-lebih lagi kebanyakan caption atau tulisan bersama-sama gambar itu menjemput  orang lain makan bersama.  Pelawaan itu tidak ubah seperti perli dan mempermain-mainkan orang lain.  

Sesungguhnya, dibimbangi perbuatan berkongsi gambar makan akan menyebabkan terjerumus dalam riak dalam perkara dunia. Perbuatan itu bukan saja tidak elok dilakukan pada bulan Ramadan, bahkan pada masa-masa lain.  

Al-Abdari mengatakan, "Antara jenis riak ialah seseorang menunjuk-nunjuk kepada kepada ahli dunia tentang dunianya, seperti pakaiannya, kenderaannya, tempat tinggalnya, tempat duduknya, makanannya, minumannya...". (Al-Adab al-Syar'iyyah)

Begitu juga dibimbangi akan terjebak ke dalam sifat bermegah-megah dengan makanan. Sedangkan syarak melarang daripada bermegahan dengan makanan.

Diriwayatkan dalam satu hadis, "Bahawa Rasulullah SAW melarang makanan dua orang yang bermegah-megah (mutabaariyain) untuk dimakan". (Hadis riwayat Abu Daud).

Demikian itu, selepas ini tiada lagi perkongsian resepi bersama gambar makanan. Disini saya hanya kongsikan makanan yang saya masak hanya sebagai hobi dan niat ingin berkongsi bersama, agar wanita diluar sana yang tidak pandai memasak boleh pelajari dari sini dan juga blogger lain. Atau mungkin lelaki yang tinggal berseorangan dan ingin masak sendiri dirumah atau dimana sahaja mereka berada. Atleast resepi ni beri manfaat juga. Tiada gambar pun tak pe lah. Janji sama rasa. Cukup lah kita sahaja yang melihatnya dari buat dosa secara tidak perasan.

Tuesday 18 August 2015

Poppia pisang

Poppia apa ni? Huhu
Ni poppia pisang namanya. My FIL yang ajarkan masa dia datang sandakan dengan MiL sebelum ni. Huhu comel je. Sweet je tengok FiL buat poppia ni time tu. hehe untong MiL u noe.. (;
Seriously memang tak pernah terfikir pun nak buat inti apa untuk dalam poppia ni. Masa dengar kata nak buat poppia pisang muka saya dah terkejut. Selama ni duk dengar je famliy in law duk cakap pasal poppia pisang sedap la apa la. Saya buat dunno je sebab tak pernah makan kan. Malas la amik port sangat memula. Lagipun setiap kali dorg cakap tu selalu bz. Haha
Now dah reti camne nak buat. 
Saya tanya gak fil ni, mana belajar buat ni? Katanya masa dalam service tentera dulu time bujang2 kena g overseas so kat sana la belajar. Pandai masak jugak la kira nya fil ni. Walaupun bukan semua reti. Yang saya tahu, nasi goreng die...perghhh. Sedap ooo. So far pernah makan dua ni la yang sedap. Nasi goreng dan poppia pisang. 


    prep time 15 minute(s)   cook time 5 minute(s)    total time 20 minute(s)   yield 1 serving(s)

Tips

Kata fil, kalau masaknya kena api slow, kena masak jangan sampai warna nya macam poppia inti sayur tu, kena warna putih cam diatas.
Bagi yang suka manis dan rasa nak kaki tu kena potong awal boleh la letak gula lebih lagi. Haha
Pisang dah manis. Gula letak sedikit je bagi yang tak sukakan manis.

Untuk lekatkan kulit poppia, fil letak telur. Tapi aku suka letak tepung gandum lagi. Yang sebenarnya kalau letak ada la rasa cam telur sikit. Sedap juga.
Pisang lain boleh diguna, cuma tak sesedap pisang abu ni. Sebab abu ni bila buat poppia pisang dia tidak akan berair macam pisang lain. Mil pernah cuba guna macam2 pisang dah sebelum ni. Memang tak kan jadi. Pisang abu jugak kena ngan poppia ni.

Ingredients

5 lapis kulit poppia
3 ulas Pisang Abu Kel*£g
(orang india marah kalau sebut, jadi yang mana taw tu paham sendiri udah la ye)
3 sudu Tepung gandum
5 keping Cheese
5 sudu teh gula putih atau gula merah



Instructions

Pisang abu belah tengah jadi dua.
Tepung gandum letakkan sedikit saja air sebab bila pekat boleh la lekat. Kalau cair mana gaya nak
pekatnya ye idak?
Sediakan bahan semua di atas baru la boleh buat satu per satu. Mula2 letak pisang atas kulit poppia, atas pisang letak satu sudu teh gula dan juga cheese. Gulung kan macam gulung poppia.
Setelah siap, panaskan minyak dalam kuantiti yang sedikit. Anggaran dalam 4 sudu besar minyak.
Goreng dengan api yang slow sahaja. Jangan terlalu garing, atau warna keperangan. Biar sekata warna nya seperti gambar diatas.


Selamat mencuba!

Perapan ikan bakar

Nak story pasal ikan ni, arowana ni mr.hubs bagi pada abang ipar sebab kami kena pindah ke sabah. Ni lah kelisa pertama kami bela dari dia kecil sampai la besar tahap tu. memang la bukan arowana yang beribu harganya tu tapi kalau kat kedai ada la dalam ratus juga jika dijual. 
Di restaurant, kalau suh masak arowana sweet & sour ke stim fish arowana ke memang korang bayar ratus atau ribu gak la sekali makan. Sebab rasanya sangat berbeza dengan ikan lain.. Ini first time makan. Mr.hubs tak sanggup makan. Hehe
Sebab dah mati so makan la! Haha
Arowana mati masa geng saudara mara belah singapore turun malaysia, that time baru saja angkat arowana hantar ke manjung untuk abang ipar jaga. Tak sempat nampaknya dia nak jaga. Kalau sempat dapat anak ikan arowana dah. Sebab saya siang ada telur. Huhu!
Ini ikan kami buat bbq. Yang makan pun saya dan uncle mail je. Hehe kami memang tak kira! Janji halal. 


Walaupun bukan saya yang perapkan ikan ni tapi saya tahu mereka guna resepi sama macam saya buat ikan pari grill. So tajuk nya sekarang ni nak buat bahan perapan ikan bakar. Jum kita baca selanjutnya...


      prep time 30 minute(s)     cook time 20 minute(s)     total time 50 minute(s)    yield 1 serving(s)


Tips

Untuk mendapat hasil yang baik perapan hendak la lama. Lagi lama lagi serap kedalam ikan.

Ingredients

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1/3 kunyit hidup
1 sudu Garam


Instructions


Bahan di atas hendak lah di blend hancur dan perapkan ikan selama 30 minit atau lebih.
Kemudian bakar. Untuk bakar letak sedikit minyak supaya tidak melekat dan supaya isinya tidak hancur.

Ikan pari yang saya grilled tanpa minyak. Saya menggunakan pan dari goshop, masak tanpa minyak pun doesn't matter. 


Setelah siap,
Lebihan bahan perapan pula saya guna untuk buat topping seperti sambalnya. Masak menggunakan minyak ya sambal nya. Masak sehingga naik minyak. Dan hasilnya! Boleh la letak atas ikan.



Selamat mencuba!

Nasi Goreng Vege

Assalam & hi!  
Ni resepi breakfast saya sebelum saya memulakan berblogger. Sangat berkhasiat taw. 


      prep time 10 minute(s)     cook time 5 minute(s)     total time 15 minute(s)    yield 1 serving(s)

Tips

Nasi goreng vege ni more to vegetarian tapi jika nak tambah seafood atau ayam atau daging juga boleh...

Ingredients

1 cawan sayur campur
(Boleh beli di pasaran jual dalam packet ada carrot, green bean, corn)
*1 biji Bawang holland
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
*1 tangkai batang celery
*3 pieces frozen crab stick
4 sudu Kicap cair
1/2 kiub ayam



Instructions

potong dadu bahan yang bertanda, halia dan bawang putih dicincang halus. 
Panaskan minyak, saya guna olive oil dalam 1 sudu saja.
tumis bahan yang bertanda, halia dan bawang putih sehingga bertukar warna.
kemudian masukkan sayuran dan gaul.
masukkan kiub ayam, kicap cair dan nasi putih dalam satu mangkuk. gaul rata. siap!


Selamat mencuba!


Kway teow kungfu

Masakan ni adalah masakan yang lepas sebelum saya rajin menaip di blog masakan saya ni. Kami sekeluarga gemar dengan sup, so saya hari2 kena organise apa menu sup nak buat, mr.hub kalau dapat sup memang menhirup kuah je keje nya! Kali ni entry saya adalah kway teow kungfu. Jum check it out!

      prep time 10 minute(s)     cook time 15 minute(s)     total time 25 minute(s)    yield 4 serving(s)

Tips

Untuk mendapatkan bau yang menarik masa makan nanti, bawang putih yang diketuk di masukkan kedalam minyak sebelum start goreng kway teow.

Ingredients

Goreng kway teow
1 bungkus kway teow basah
1 ulas bawang putih
5 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
3 sudu minyak masak

2 slices ayam fillet
1 packet fish ball
(Saya guna sepacket sebab mr.hubs hantu fish ball)
2 keping fish cake
1 batang carrot
1/2 cauliflower
1/2 ikat sawi
4 ulas bawang putih
1 1/2 white pepper
2 biji telur
3 sudu tepung jagung
1 sudu kicap cair




Instructions

Kway teow di bilas dan gaul dengan kicap cair dan kicap pekat. Bawang putih diketuk sekali je kemudian panaskan kuali dan minyak, masukkan bawang putih tu sehingga naik bau lepas tu goreng kway teow sehingga garing, angkat dan ketepikan sementara waktu.

Isi ayam basuh bersih2 dan cuci bersama tepung beras supaya hilang bau hanyir ayam. Setelah tu gaul kan dengan white pepper dan goreng. Setelah angkat ayam yang digoreng, goreng pula fish ball, dan fish cake. Fisha cake tu sebelum goreng potong la ikut citarasa masing2. 

Part gorengan settle. Now, masukkan minyak dalam 2 sudu besar makan kedalam periuk, tumis bawang putih sehingga naik baunya. Dan masukkan air sebanyak 4 gelas beserta kicap cair.

Masukkan juga isi ayam, fish ball dan fish cake serta sayur2 tu kedalam kuah. Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa, masukkan tepung jagung yang telah dicairkan bersama sedikit air , kacau sementara dan masukkan telur semasa kuah sedang didih. 

Tutup api dan siap untuk dimakan! 


Selamat mencuba!


Sup merah daging kambing

Assalamualikum selamat bekerja semua! Entry kali ni nak share sikit menu sup merah kambing.  Saya memang suka sangat bila pertama kali makan semasa di singapore dulu. Mengimbau penangan sup ni terus rasa nak buat. Maklumla, bukan semua kedai masak menjadi. Saya bila makan, saya dah taw apa mereka letak, apa kurang apa lebih. Saya bukan la teror sangat masak tapi boleh la...sebab selalu buat ujikaji dengan resepi tu. masa makan dulu pun ada juga tanya untie cara buatnya. So betulla sangkaan tekak ku ini cara buat nya. Pada anda yang membaca, mungkin resepi saya tak sama dengan anda tapi rasa nya sangat sama dengan apa yang tekak ni rasa. Jum try!  



      prep time 40 minute(s)     cook time 20 minute(s)     total time 60 minute(s)    yield 4 serving(s)

Tips

Untuk mendapatkan isi yang lebut dan empuk hendak merebus selama 45 minit. Paling lama saya merebus ekor lembu selama 2jam. Resepi ni juga boleh dicuba dengan tulang lembu/ daging lembu/ tulang kambing etc..

Ingredients

Potong cube supaya jadi 6 ketul daging kambing
3 biji bawang merah
2 sudu teh black pepper
6 sudu sos tomato
3 sud sos cili
4 sudu sos tiram
1 cawan daun celery
4 serangkai kayu manis, bunga lawang etc..
( jangan letak banyak, setiap tu, ambil satu atau dua pun dah ok)
1 kiub ayam maggie

Bahan blend

Setengah genggam Cili kering
1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia



Instructions

Rebus daging sehingga empuk selama 45 minit. Biarkan sketika dan buat bahan lain.

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis serta bahan blend sehingga naik minyak.
Setelah naik minyak masukkan air dalam 4 gelas.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, black pepper, daun celery, garam, gula, kiub ayam.

Akhir sekali, masukkan daging kambing serta air nya sedikit kedalam rebusan kuah sup merah. Masak sehingga didih dan hidangkan.


Selamat mencuba ! 

nanchos with bolognese sauce

Dulu zaman anak dara suka melepak tempat yang rileks, ada music jazz.. Blablabla.. Hehe bile pegi je mana restauran & bar, saya akan order menu ni "nanchos" . Ni masak time dah kawen la.. Jumpa keropok nanchos dekat Giant, tu yang plan nak masak nanchos je untuk makan malam kami. Ok jum try!


      prep time 10 minute(s)     cook time 10 minute(s)     total time 20 minute(s)    yield 1 serving(s)

Tips

Untuk dapatkan bau dan rasa yang enak untuk membuat sos bolognese kena guna bawang holland. 
Batang celery pula ada khasiatnya dan juga bagi menaikkan serta melazatkan rasa bolognese sos.
Kalau nak rasa agak herbs2 sikit, letak la parsley, rosemary or tyhme ke yang mudah didapati dimpasaran.

Ingredients

100 gram keropok nanchos
100 gram daging cincang
1 tangkai batang celery
*1/2 biji cili capsicum
*1 biji bawang holland
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
10 tangkai cili kering
1 tin / botol sos bolognese Tradisional
(Boleh juga guna sos bolognese mushroom dll)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
3 sudu teh garam dan gula




Instructions

Basuh daging cincang bersih2 dan letak tepung beras bagi menhilangkan hanyir daging. Biar seketika dan buat bahan lain.

Cincang dan potong dadu bahan yang bertanda. Blend cili kering. Hiris batang celery.

Panaskan minyak, tumis bahan bertanda dahulu sehingga bertukar warna kemudian masukkan cili kering. Setelah bahan tumisan masak, masukkan semua sos diatas dan juga garam serta gula.masukkan sedikit air supaya tak nampak begitu pekat. 

Kemudian masukkan herbs seperti rosemary, parsley dan juga thyme. Kalau tak de tak letak pun tak pe. 

Daging cincang di bilas bersih, Masukkan dalam pan dan biarkan seketika sehingga masak. 

Setelah siap boleh la dihidangkan bersama Nanchos. Jika creative, boleh la dihiaskan pinggan tu dengan sedikit grill vege. 



Selamat mencuba !