Assalamualikum selamat bekerja semua! Entry kali ni nak share sikit menu sup merah kambing. Saya memang suka sangat bila pertama kali makan semasa di singapore dulu. Mengimbau penangan sup ni terus rasa nak buat. Maklumla, bukan semua kedai masak menjadi. Saya bila makan, saya dah taw apa mereka letak, apa kurang apa lebih. Saya bukan la teror sangat masak tapi boleh la...sebab selalu buat ujikaji dengan resepi tu. masa makan dulu pun ada juga tanya untie cara buatnya. So betulla sangkaan tekak ku ini cara buat nya. Pada anda yang membaca, mungkin resepi saya tak sama dengan anda tapi rasa nya sangat sama dengan apa yang tekak ni rasa. Jum try!
prep time 40 minute(s) cook time 20 minute(s) total time 60 minute(s) yield 4 serving(s)
Tips
Untuk mendapatkan isi yang lebut dan empuk hendak merebus selama 45 minit. Paling lama saya merebus ekor lembu selama 2jam. Resepi ni juga boleh dicuba dengan tulang lembu/ daging lembu/ tulang kambing etc..
Ingredients
Potong cube supaya jadi 6 ketul daging kambing
3 biji bawang merah
2 sudu teh black pepper
6 sudu sos tomato
3 sud sos cili
4 sudu sos tiram
1 cawan daun celery
4 serangkai kayu manis, bunga lawang etc..
( jangan letak banyak, setiap tu, ambil satu atau dua pun dah ok)
1 kiub ayam maggie
Bahan blend
Setengah genggam Cili kering
1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
Instructions
Rebus daging sehingga empuk selama 45 minit. Biarkan sketika dan buat bahan lain.
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis serta bahan blend sehingga naik minyak.
Setelah naik minyak masukkan air dalam 4 gelas.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, black pepper, daun celery, garam, gula, kiub ayam.
Akhir sekali, masukkan daging kambing serta air nya sedikit kedalam rebusan kuah sup merah. Masak sehingga didih dan hidangkan.

Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment