Assalamualaikum readers, ni resepi makan malam saya untuk harini memandangkan suami saya outstation, dan jika die ada dirumah pun die takkan makan punya sebab mr.hubs ni sangat2 cerewet bab makan. Tak la cerewet mana cuma agak leceh sikit jela. Hehe sebab die makan yang bergoreng dan garing je, soupy, sambal belacan... Huhu macam saya ni lak jenis pemakan orang ya. Saya suka masak pelbagai... Senang kata saya ni makan apa saja janji Halal. Bibimbap ni saya cuba resepi dari empunya dari blog lain. Saya dah tak ingat apa nama puan tu.. Apa2 pun terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Saya ambil dan olah sedikit ya.
prep time 15 minute(s) cook time 15 minute(s) total time 30 minute(s) yield 1 serving(s)
Tips
Cara nak buat sos gochujang agak leceh sedikit nak buatnya, tapi kalau rajin masak boleh mesti sanggup punya kan nak belajar.. Kalau x nanti tak tahu pula kan..
Ingredients
1 cawan daging pinang / isi ayam
1 ikat bayam (saya guna sawi putih sebab bayam abis pulak di kedai berhampiran)
1 batang lobak merah
4 tangkai cendawan shitake
1/2 ikat cendawan enokitake
1-2 sudu minyak bijan
1 ulas bawang putih
1 sudu soya light sos
1 sudu kicap pekat
1 biji telur
Beberapa ketul ais
Sedikit minyak masak
Sos gochujang
2 sudu tauchu
1 - 2 teh sudu serbuk lada merah
1-2 sudu teh sos cili
1 sudu gula
2 titik minyak bijan
Instructions
Didihkan air bersama garam, celur sawi, lobak merah serta cendawan enokitake, kemudian angkat dan capurkan beberapa ketul ais di dalam bekas berisi sayuran tersebut serta minyak bijan. Selepas tu toskan dan biar seketika.
Daging / ayam dihiris nipis atau ikut citarasa dan kreativiti anda, perap bersama light soy sauce, kicap pekat, sedikit garam dan bawang putih. Biar di dalam freeze selam 30 minit.
Panaskan minyak, goreng semua bahan2 satu per satu dan asing ketepi dalam satu bekas.cendawan shitake yang telah direndam sehingga lembut dibelah dua dan goreng setelah itu angkat dan asingkan.
Goreng telur separuh masak. Step akhir, sediakan nasi dalam mangkuk setelah itu susu ikut kreativiti masing2. Tambah sesikit saja minyak bijan dalam setitik dah ok.
Sos gochujang
Tauchu hendaklah dibersihkan dahulu tapi jangan sampai hilang rasa masinnya. Lumatkan sehingga teksturnya halus. Tambah sedikit air dan tapis.
Akhir sekali, campurkan dengan serbuk cili, sos cili, minyak bijan dan gula.
Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment