Sunday, 16 August 2015

nasi goreng bunga kantan





Assalamualaikum dan selamat malam, hi! Harini saya agak susah nak menaip sebab damia mengganggu mommy nya saja. So untuk resepi sila la click pada link di bawah tu ye. Nanti jika ada kesempatan akan saya update semula. Inshaallah. 

Terima kasih. (: 



Assalamualaikum... Saya free sket harini.. So ni sambungan dari resepi semalam. 


alkisahnya, semalam saya buat bakso, so bahan2 nya ada balance seperti cili giling, kobis, daun bawang, saya xnak membazir untuk buangnya terus, maka saya fikir lebih baik saya buat nasi goreng sebab nasi pun ada banyak sesuai la untuk 3-4 orang makan.

    Prep time 10 minute(s)     Cook time 10 minute(s)     Total time 20 minute(s)    Yield 1 serving(s)

Tips


Mostly, saya punya nasi goreng tu saya akan gaul dengan bahan yang ditumbuk tu dengan nasi putih sebelum mulakan menggoreng.
Nasi goreng ni jika tak nak makan bersama ikan bilis boleh la di tukar kepada seafood, ayam dan juga daging. 


Ingredients


3-4 orang makan nasi putih
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi merah
5 biji bawang merah kecil
Segenggam ikan bilis
Sedikit sahaja sayur kobis (agak2 saja la ye)
Sedikit sahaja untuk topping daun bawang
Sekuntum bunga kantan
Untuk topping, bawang goreng segera atau goreng sahaja bawang merah yang perlu dihiris halus.
Satu sudu besar makan minyak makan.

Instructions

Cili merah saya tumbuk dan gaul rata kedalam nasi didalam periuk. 
Kemudian hiris bawang merah, cili padi merah dan juga sayur kobis serta bunga kantan halus2.
Panasakan kuali dan minyak, saya lebih suka pakai olive oil, dan tumis bawang merah serta cili padi sehingga setengah layu setelah itu masukkan kobis dan bunga kantan. 
Kemudian di kuali lain, goreng ikan bilis. Selepas tu boleh la letak topping seperti daun bawang dan juga bawang goreng kemudian hidang.



Selamat mencuba ! 




































No comments:

Post a Comment